Skip to main content

Apa itu NPC

NPC
Pernah dengar perkataan ini?

Nama panjangnya : 'Nasopharyngeal Carcinoma'
Nama melayunya: Kanser Belakang Hidung

Kebanyakan Malaysian salah tafsir antara NPC dan Thyroid cancer. Bila ditanya, kanser apa? Kanser leher. jadi mesti semua fikir itu adalah kanser thyroid.

Ok.. Lets see this..



Nasopharynx di belakang hidung, sedangkan thyroid di depan larynx. Berbeza kan.

NPC ni actually adalah kanser yang jarang didapati. TETAPI, ia adalah kanser ke-4 paling kerap didapati di Malaysia dan ke-3 pembunuh dikalangan Lelaki.

Ranking kedudukan setakat ini sehingga 2016
1- Breast Cancer
2- Colorectal Cancer
3- Lung Cancer
4- Nasopharyngeal Cancer (5.2%)

Faktor Umur
Umur yang kerap didapati menghidap NPC adalah di linkungan 40-60 tahun, namun beberapa kes juga dijumpai di kalangan remaja dan kanak-kanak (sangat jarang). umur paling muda pada 6 tahun kanak-kanak lelaki (1 case sahaja).

Faktor Bangsa
Setakat ini, bangsa yang paling kerap adalah Cina (49%), local sabah & Sarawak (28%), Melayu (22%).

Antara Penyebab-penyebab Utama:
1) Jangkitan Kuman - Epstein Barr Virus
2) Genetik - Terutama yang mempunyai adik-beradik atau ibubapa yang menghidap NPC
3) Lifestyle
  • Perokok
  • Peminat Makanan yang dikeringkan- seperti ikan masin, sotong kering
  • Masak menggunakan dapur arang >10tahun
  • Pekerja yang exposed kepada chemical/ dust
Apa symptom-symptom yang kerap diberitahu:
  • bengkak di leher tetapi tidak sakit (biasanya tiada demam/ batuk)
  • lelehan di hidung yang berbau
  • kurang pendengaran (sebelah/ kedua telinga)
  • kerap sakit kepala 
  • sebelah muka berasa kebas
  • mata juling sebelah di umur dewasa (secara tiba-tiba)
Apa yang perlu dilakukan?
By MOH guidelines, pesakit perlu di investigate melalui 'scope'. Kebiasaan nya dilakukan oleh Pakar ENT/ORL. tisu biopsy perlu diambil dan dihantar ke makmal.
Seterusnya, ujian CT scan perlu dilakukan untuk memastikan cancer tersebut hanya di belakang hidung atau sudah tersebar ke tempat lain. Ini juga penting di kemudian hari untuk rawatan radioterapi.

Stage of NPC
Seperti kanser-kanser lain, NPC juga ada beberapa tahap. Ia nya diklasifikasi berdasarkan size tumor, lymph nodes dan metastasis (penyebaran kanser ke organ lain)

Stage 0
Stage I      -   5 years Survival rate 72%
Stage II     -                                      64%
Stage III   -                                       62%
Stage IVA
          IVB -                                     38%
          IVC

Pentingnya stage-stage ini adalah untuk menilai keadaan pesakit dan untuk merancang rawatan yang perlu dilakukan.

Apakah Rawatan yang perlu dilakukan?
Ok. Ini lebih complex untuk diterangkan. Saya akan cuba permudahkan sebaik mungkin.

Terdapat data dari ESMO (European society for medical oncology) mengatakan, rawatan radioterapi Bersama kemoterapi (CRT) mempunyai kelebihan di dalam 5 years overall survival rate. Data diberikan terhadap 240 pesakit yang dikaji memberikan 94% survival rate berbanding rawatan radioterapi tanpa kemoterapi (RT)

Apa rawatan yang ada?
Kemoterapi dan radioterapi. 

Bagusnya NPC adalah ia sangat sensitive kepada rawatan Radioterapi (RT). Diulangi, SENSITIVE!! Jadi, rawatan yang mujarab adalah RT, bukan rawatan traditional.

Pada Stage I, RT sahaja sudah memadai. Tetapi tahap II dan keatas, pelbagai rancangan boleh diberikan bergantung kepada tahap kekuatan & keadaan pesakit.

Neoadjuvant chemotherapy- kebiasaanya diberi 4-6 cycle, terutama kepada size tumor yang besar. Chemo yang kerap diberi adalah sangat kuat terutama TPF (docetaxel-Cisplatin-5FU). Pakar onkologi akan melihat keadaan pesakit terlbih dahulu sebelum mencadangkan chemo yang sesuai. *Oh, lupa pula. Chemo ini biasanya berjalan selama 24 jam untuk selama 5 hari, jadi memang kena masuk ke ward.

Concurrent chemoradiotherapy (CCRT) - Rawatan ini bergantung kepada hospital. Ada hospital yang lebih canggih mempunyai IMRT yang mana rawatan nya lebih details dan bagus atau 3D RT. Usual planning: 66Gy-70Gy/ 33-35#/ 6-7weeks. Pening kan?
66Gy-70Gy - dos yang akan diberikan bergantung kepada modality
33-35# - berapa kekerapan RT yang akan diberi
6-7 weeks - waktu rawatan yang akan diberikan

setiap minggu akan ada 1 cycle chemotherapy iaitu cisplatin/ carboplatin. Ingat, ccrt adalah lebih baik daripada RT sahaja. Jadi, pakar onkologi akan cuba bagi tetapi ia juga bergantung kepada keadaan pesakit.

Sebarang Kesan Sampingan?
Setiap benda yang kita lakukan, semuanya ada kesan sampingan. tetapi, semuanya boleh diatasi.
Untuk RT:
  • kulit kering
  • luka didalam mulut (mucositis)
  • luka di kulit
  • fungal infection di dalam mulut
  • kurang deria rasa
  • facial nerve palsy
Untuk Chemo:
  • kekurangan darah merah/ putih (myelosuppression)
  • infection
  • kurang selera makan
  • muntah-muntah
  • cirit-birit
  • infections
Selepas habis semua rawatan, follow up mesti dipatuhi. Sebab, walaupun kanser ini senang dirawat dengan RT, ia juga mudah untuk timbul semula. Jadi kekerapan untuk berjumpa doctor memang sangat ketat. biasanya untuk tahun pertama selepas rawatan perlu berjumpa setiap bulan.

Masalah dengan Malaysian, kita selalu dengar yang buruk2 sahaja. Jadi, kebanyakan pesakit mahu mencuba alternative. Ada yang mencuba renehan akar-akar kayu, apricot seed, habatussauda, air penawar. Bukan saya tidak mahu percaya, tetapi 99% pesakit yang mahu mencuba alternative, pasti akan datang kembali dengan stage IV.. Saya sangat sedih, sebab bila sdh stage IV, tidak banyak yang boleh dibuat.

Ayah saya juga menghidap NPC stage III. Dia telah di diagnose pada bulan March 2017, dan kemudian menjalani CCRT di bulan Jun 2017 di Nilai Medical Centre menggunakan Teknik IMRT.
Sehingga kini, dia menjalani kehidupan seperti biasa kecuali deria rasa nya yang masih kurang.




Comments

Popular posts from this blog

4 Reasons to Avoid All Soda (Even Diet)

© ISTOCKPHOTO/THINKSTOCK That innocent-looking can of soda pop-no matter what it’s sweetened with-may be taking a toll on your immunity. Here’s why: 1. People who drink sodas instead of healthy beverages (think low-fat milk and pure fruit juice) are less likely to get adequate vitamin A, calcium, and magnesium. What’s more, soda contains phosphoric acid that depletes calcium and magnesium. These two nutrients help keep your immunity operating at peak efficiency. 2. Sodas containing high-fructose corn syrup also contain high levels of free radicals linked to tissue damage, the development of diabetes, and diabetic complications. 3. Plastic soda (and water) bottles contain a toxic chemical called bisphenol A (BPA) that can leach from bottles into soda…into you. Emerging evidence links BPA to a myriad of maladies, including immune system depression. Public health experts recommend that we protect children from exposure to products containing BPA-especially those they consume or use every ...

The Legend Continues

The Legendary PM, Tun Dr Mahathir Mohammad is our 7th Prime Minister. All the best Tun!